Isnin, 11 April 2011

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas !!! (Penipuan wang fiat)- Permainan wang kertas yang penuh misteri dan tipu daya!

 Assalamualaikum W.B.T..... kali ini Pelabuhan Emas akan mengupas tentang sejarah wang fiat/duit kertas / juga diklasifikasikan sebagai "CURRENCY".
 Adakah masih sah untuk sistem jual beli di Malaysia?
    Dalam kehidupan hari ini, boleh dikatakan bahawa manusia yang tidak mahu menggunakan (Wang fiat) USD, RM, Rupiah, Yuan , Yen dan sebagainya, bolehlah berpindah ke dalam gua atau dalam hutan kerana semua transaksi jual beli hari ini adalah menggunakan wang fiat. Begitulah wang fiat menguasai kehidupan kita. Persoalannya, bagaimanakah perkara sedemikian berlaku? Baiklah, mari sama-sama kita selongkar sejarah dan peristiwa-peristiwa ringkas berkanaan perkara tersebut.
    Sama ada anda sedar atau tidak, wang kertas yang ada pada anda sekarang, ataupun disimpan di dalam bank / bawah tilam adalah sedang mengalami susut nilai. Dengan kata lain, duit tersebut hanyalah tinggal pada angka sahaja.dan bukannya nilai yang sebenar. 
    Federal Reserve Bank
    Rizab Emas
  • 1879 Sistem kewangan dunia kembali pada piawaian Emas
  • 1914 Piawaian Emas dibatalkan- banyak negara terlibat dalam perang dunia 1 dengan mencetak lebih banyak mata wang melebihi rizab Emas masing-masing
  • 1933 FD Roosevelt dilantik menjadi Presiden AS ketika mengalami Great Depression. Seterusnya membatal piawai Emas dan mengarahkan supaya mencairkan semula 500,000 keping wang Emas kepada USD 20 setiap satu.
  • Julai 1944- Perjanjian Bretton Woods di AS. Negara-negara bersekutu sepakat untuk menstabilkan kadar tukaran setelah perang dunia ke 2. Amerika berjanji = USD35 dengan 1 auns Emas yang disepakati untuk percetakan matawang bagi sesebuah negara adalah berdasarkan rizab Emas dan dollar dujadikan sebagai piawai semua matawang dunia.
  • 15 Ogos 1971 Presiden Richard Nixon mengumumkan bahawa AS dan sekutunya membatalkan perjanjian Bretton Woods dengan mencetak lebih banyak wang bagi membiayai ekonominya. Sistem kewangan dunia pun diubah iaitu matawang sesebuah negara ditetapkan kepada bahagian tertentu dari rizab matawang asing yang dimilikinya. Dengan itu, seluruh dunia hanya mengamalkan wang fiat sahaja.
  • Pemansuhan nilai pengantara USD kepada Emas adalah merupakan punca krisis dolar yang meluas. Bermula dari situlah mana-mana negara mesti meminjam dan melangsaikan pinjamannya dalam nilai USD sahaja yang semestinya dengan kadar bunga (interest) tertentu. Contoh jika IMF menetapkan antara 10-20% adalah "makanan" negara-negara maju / kapitalis terhadap negara-negara miskin. (Sistem ini telah diguna pakai oleh setiap negara terhadap rakyat-rakyatnya).
    IMF-Bank Dunia
Modus operandi IMF
Permainan dollar
20 tahun yang lalu, nilai $ 20 begitu mahal berbanding RM 100 pada tahun 2011
Permainan Dollar yang penuh misteri dan tipu daya


Duit daun pisang




$ 1000.00 = Wang ini sah diperlakukan dengan nilai........


Duit daun pisang ketika pemerintahan Jepun di Tanah Melayu

OSAMA???????

Ke mana perginya Keris warna Emas berhaga RM 1....

Permainan Dollar untuk menakluk dunia

Beginilah nilai duit fiat pada masa akan datang...tunggu dan lihat..... 


Dengan perkongsian yang diceritakan dan dipaparkan seperti di atas, Pelabuhan Emas berharap setiap pembaca (ANDA) fahamilah mengapa perjuangan Dinar & Dirham sangat ditekankan..... InsyaAllah pada episod-episod yang akan datang saya akan berkongsi dengan anda semua berkenaan DIGITAL MONEY yang akan direalisasikan bila NWO (New World Order) ke arah pemerintahan negara Israel.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan