Khamis, 14 April 2011

Dinar & Dirham : Perspektif Islam

Assalamualaikum W.B.T....
     Semoga para pembaca sihat sejahtera... dalam kesibukan menjalankan tugas seharian, posting kali ini sempat juga kami meluangkan masa untuk berkongsi tentang Keagungan serta keuntungan menggunakan Dinar & Dirham.
  • Sebagai asas, atau selemah-lemah niat bagi penyimpan Dinar& Dirham adalah Ianya berguna sebagai alat pembayaran zakat agar sesuai Rukun Zakat sebagaimana diwajibkan dalam Syariah dan Sunnah. Bukan itu sahaja, akan tetapi juga dapat digunakan sebagai penyimpan nilai iaitu pelaburan, alat pertukaran mata wang, sebagai mahar, serta sedekah atau hadiah.
~Sedikit coretan fakta :
  • Kemana hilangnya sistem ekonomi yang adil? 
  • Kemanakah hilangnya Dinar & Dirham? 
  • Siapakah yang melenyapkannya? 
dan banyak lagi persoalan yang akan timbul setelah anda mendalami atau mengkaji tentang ekonomi zaman kegemilangan Islam.. Jawapan kepada persoalan-persoalan tersebut ialah amat berkait rapat tentang kejatuhan empayar kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. (topik yang sangat panjang untuk dihuraikan)
   Bermula dari situ, Umat Islam ternanti-nantikan saat dan waktu ketikanya akan beralih semula pemerintahan dunia iaitu kepada pemerintahan Islam (Khilafah)..inilah situasi yang kita sedang alami sekarang....Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!.....
     rentetannya, apakah pula pandangan anda dari sudut ekonomi? seperti kita sedia maklum, untuk membentuk sesebuah organisasi, / kerajaan Islam yang kuat, tidak lain tidak bukan ialah berkait rapat dengannya. Oleh itu, mari kita (muslim) sama-sama menegakkan semula sebuah kerajaan Islam yang berdaulat, dengan cabangnya ialah mengembalikan semula satu matawang Syariah yang boleh diguna pakai oleh umat Islam di mana sahaja mereka berada dan seterusnya dapat membasmi kemiskinan (melalui zakat setiap individu/penyimpan Dinar & Dirham) Kenyataan dan fahaman ini adalah berdasarkan sepotong ayat Al Quran :


یَا أَیُّھَا الَّذِینَ آمَنُواْ أَطِیعُواْ اللّھَ وَأَطِیعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي
شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّھِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّھِ وَالْیَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَیْرٌ وَأَحْسَنُ
4:59 )تَأْوِیلاً )

4:59  Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan
pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan
hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
 
Menurut Al-Qurtubi, seorang ahli tafsir al-Quran yang ulung dalam kitab tafsirnya yang termasyhur, Tafsir Al-Qurtubi (m. 1273):
  • ayat al-Quran tersebut merupakan perintah supaya “mentaati Sultan dalam tujuh perkara iaitu: penempaan duit dinar dan dirham, penetapan berat dan ukuran, penghakiman, pengisyitiharan bagi ibadat haji, solat Jumaat, sambutan Aidilfitri dan Aidiladha, dan jihad.”
     Saudara dan saudari para pembaca yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita bersama mengambil kesempatan ini (pejuangan Dinar & Dirham) untuk menegakkan syiar Islam dan kembalikan sistem kerajaan Islam yang mantap dari segenap sudut. (Daulah Islamiyyah).~~~~

~~~Draf&cataan awal dari Pelabuhan Emas ;