Assalamualaikum W.B.T...
Kali ini, Pelabuhan Emas ingin membawa pembaca semua untuk melihat trend kenaikan harga emas dan bila agaknya waktu yang sebaiknya untuk kita membeli komoditi ini sebagai aset pelaburan.
Soalan-soalan yang sering diajukan apabila bercerita tentang Emas.
"eh, emas mahal kan sekarang"
"erm...pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la if nak untung"-beribu tahun kot.hehehe
"saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak"
"betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!"
"takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi"
"rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready"
"saya pernah dengar orang-orang yang dah kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa...masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! "
Bagi sesetengah orang yang belum melabur dalam emas, ayat-ayat sebegini adalah paling logik bagi meraka. Namun, pasti ada juga yang tersenyum apabila terbaca dialog-dialog yang sebegini kan?!. Ini kerana anda sememangnya orang yang telah sedar akan realiti pelaburan emas yang sebenar, jadi tahniah saya ucapkan. :)
Baiklah, sebelum soalan dan keraguan tersebut dijawab, terlebih dahulu mari kita lihat akan trend kenaikan harga emas dunia mengikut graf kitco.
 |
| Kejatuhan harga emas beberapa hari ini adalah kecil sahaja dan akan melantun ke paras support line yang lebih tinggi dari paras USD 1423/oz |
|
Kurang dari 2 bulan kadar peratus kenaikan harga emas 8.11% sudah menyamai pelaburan ASB/ASN yang puratanya antara 7-10% dalam masa setahun
Keuntungan melabur dalam emas kurang dari 6 bulan telah memberikan pulangan 22.56% sememangnya mengalahkan angka yang mungkin dicapai oleh ASB/ASN atau pelaburan matawang atau FOREX dalam masa setahun
walaupun dalam masa setahun, berlaku beberapa peratus penyusutan kecil tetapi peratusan seperti 34.13% ini setahun merupakan angka peningkatan harga yang sukar dipercayai
peningkatan harga sebanyak189.08% dalam masa 5 tahun telah menghampiri peningkatan pelaburan hampir 200% atau 2 KALI GANDA!
Bagaimana pula dengan pelaburan dalam jangka masa 10 tahun ini?! Sesungguhnya harga komoditi emas dunia telah meningkat sebanyak 457.66% dari harga asal ianya diperdagangkan pada tahun 2000 sehingga ke tahun 2010 ini.
Berbalik kepada bualan-bualan orang ramai tadi, jawapan saya ialah:
"eh, emas mahal kan sekarang"
Memang la mahal, tetapi, esok lusa di masa depan lagi mahal. Oleh itu, jangan tunggu-tunggu lagi, andai anda mempunyai cash yang tidak diperlukan segera dalam simpanan, terus sahaja tukar dan ikatnya pada nilaian emas. Anda tak akan rugi kerana lebih rugi apabila memandang ke belakang dan berkata "alamak, ruginya waktu harga tengah rendah hari tu saya tak beli...." Keluhan panjang anda sudah lagi tidak berguna kerana harga emas tidak akan menunggu anda dan ianya akan terus meningkat dan meningkat tiap tahun.
"erm...pelaburan emas ni jangkamasa panjangkan?! lambat la if nak untung"
Benar! tetapi semua pelaburan yang baik sememangnya begitu, dan pelaburan emas boleh jadi dalam jangkamasa pendek bergantung kepada target keuntungan yang anda ingin peroleh. Sekiranya cukup sekadar untuk lebih baik daripada ASB/ASN, sudah tentu pelaburan emas adalah lebih baik.
"saya ada jugak hasrat nak beli, tapi tunggu harga dia jatuh dan rendah lah macam tahun 2001 tu ke..boleh beli banyak-banyak"
Berhentii bermimpi! Sesungguhnya ianya tidak akan berlaku lagi kerana harga komoditi ini sama seperti juga harga petrol dunia. Cuba tanya mana-mana pekerja Petronas begini "agak-agak harga minyak nanti akan turun macam tahun 2001 tak? dalam RM1/liter kan seronok" sudah tentu lah tidak bukan, jadi behenti berangan untuk menunggu dan terus menunggu lagi kerana anda adalah antara orang yang dalam kerugian:)
"betul ke pelaburan emas ni?! boleh percaya ke?!"
Ramai pakar-pakar ekonomi yang lebih bijak dari anda telah percaya akan pelaburan ini, jadi kalau orang yang tidak berlatarbelakangkan pengajian ekonomi masih tidak percaya dan mahu mengkaji, terpulanglah. Statistik dan fakta telah terbukti. Hadith riwayat rasululllah pun ada menyebut tentang pelaburan emas dan perak (dinar dan dirham) adalah simpanan yang baik.
Sabda Rasulullah SAW
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.
"takde duit la nak beli emas! duit nak pakai untuk banyak benda lagi, nak simpan untuk itu ini lagi"
Fahaman ini yang harus diubah sebenarnya. Orang ramai menganggap membeli emas adalah sama seperti membeli barang-barang lain seperti pakaian, makanan, kenderaan dan sebagainya. Di mana mereka percaya apabila sudah berbelanja, maka duit itu telah tiada lagi. Para pembaca sekelian, sebenarnya apabila anda membeli emas, wang anda lansung tidak terusik dan berkurang dari simpanan, malah ianya akan berganda lebih banyak dari jumlah asal. Anda telah mengikat matawang anda dengan nilaian emas. Dengan emas, apabila disaat anda sangat memerlukan wang untuk digunakan, anda sama ada boleh menjual balik emas tersebut pada harga yang tinggi (keuntungan) atau hanya cukup sekadar memajaknya di mana-mana sistem pajak gadai islam AR_RAHNU. Percayalah, cara ini adalah lebih menunguntungkan dan berbaloi.
"rasanya saya berminat jugak dengan benda ni, dah lama saya duk baca pasal emas ni, tapi saya kena kaji sikit lagi la kot, baru ready"
Bagus! niat anda untuk mengkaji dan mendalami ilmu emas adalah satu tindakan yang bijak. Namun, berapa lama masa yang anda akan ambil untuk benar-benar berpuas hati dan ready untuk mula melabur?! Ingat! masa itu emas, dan lagi banyak masa yang terlepas, begitulah juga kerugian anda untuk lambat mengambil tindakan.
"saya pernah dengar orang kaya cakap, dalam pelaburan ni akan ada satu masa dia akan jatuh merudum, haa...masa tulah baru saya beli emas ni, sure murah time tu kan! "
Pernahkan anda bertanya pada diri sendiri, agaknya, ada tak waktu untuk harga petrol dunia kembali rendah sehingga ke paras RM 0.70/liter, atau harga gula kembali rendah, harga susu menyusut, harga air sirap segelas hanya Rm0.10 seperti dulu-dulu, harga nasi lemak hanya RM0.50 dan sebagainya. MUSTAHIL bukan?! Begitu juga harga emas yang terus melonjak naik dengan tinggi dan telah Skyrocketed sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Jadi bagaimana pendapat anda akan kenaikan emas yang berganda dengan giatnya ini setiap tahun?! Bagaimana pula dengan tahun hadapan 2011 (baru masuk april, kenaikan hampir mencecah jangkaan unjuran hujung tahun 2011 iaitu usd1500)?! Bagaimana dengan tahun-tahun yang seterusnya?! Bagaimana dengan 10 tahun yang mendatang?! Pakar-pakar pelabur emas dunia dan pakar ekonomi telah menjangkakan kenaikan 10 tahun yang akan datang tidak lagi 457.66% seperti 10 tahun yang sudah, malah lebih tinggi lagi dan mungkin mencapai kenaikan 800-1000% menjelang tahun 2020. (mungkin anda lebih pakar kot jika anda sendiri berpengalaman dalam dunia emas& perak ni) hehe...
Mustahil dan tidak masuk akal bukan?! Tapi itulah yang akan berlaku apabila melihat kepada analisis semasa trend kejatuhan dan kegagalan banyak matawang serta peningkatan tekanan ekonomi dan inflasi yang kian berganda saban hari, telah menyebabkan komoditi emas turut berganda dengan lebih giat. Ingat! Kenaikan harga emas dunia merupakan penanda aras akan kemerosotan ekonomi dunia yang kian hari kian meruncing tanpa kita orang awam menyedarinya. Tup..tup...yang kita semua akan tahu semua harga telah naik dan meningkat, semua servis dan perkhidmatan dinaikkan harga sedikit demi sedikit bagi mengikut kadar semasa tekanan ekonomi dunia yang kian melanda. Kegawatan ekonomi ekonomi dunia seperti yang telah berlaku pada tahun 1870-an, 1890-an, 1929-1939, 1932-1933, 1997-1998 dan 2009 akan sentiasa berulang. Haruskah anda akan sentiasa menanti untuk ianya berlaku lagi dan terus-menerus menjadi mangsa ekonomi dunia?! Jadi...mulakan pelaburaan emas anda sekarang. Jangan berlengah lagi kerana masa itu emas. Anda boleh menghubungi saya untuk 'lock' harga bagi membeli emas anda yang pertama dengan saya jika anda mahu. :)
p.s: Beli sekarang jika anda ada simpanan cash, beli sewaktu harga jatuh beberapa kali dalam setahun sebelum ianya melonjak naik semula ke paras yang lebih tinggi. (Anda harus tahu analisis graf kitco dan sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa dunia untuk tujuan ini). Jika tidak, beli sahaja apabila ada RM...ingat, simpanan dalam bentuk RM hanya merugikan walaupun nilaiannya sama kerana kuasa membeli wang akan terus merudum jatuh dan merosot, manakala emas pula tidak.
 |
| Nilai matawang kertas akan terus merosot sehingga ianya tidak lagi bernilai akibat inflasi dan cetakan wang kertas (fiat) setiap hari. Manakala harga emas pula terus mengukuh ke paras yang lebih tinggi setiap hari, minggu, bulan, dan tahun!! sumber :http://institutemas.blogspot.com/2010/12/bila-patut-beli-emas.html |
|
| | |