Jumaat, 8 April 2011

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas !!! (INFLASI part 2)




Libya-Ras Lanuf (Pengeluar minyak)

Faktor inflasi

Secara umumnya, inflasi boleh disebabkan oleh satu daripada faktor-faktor berikut atau kombinasi faktor-faktor ini:

Inflasi tolakan kos

Inflasi tolakan kos disebabkan oleh kenaikan kos pengeluaran yang tinggi. Kenaikan kos pengeluaran ini disebabkan oleh kenaikan harga bagi faktor-faktor pengeluaran seperti tingkat upah. Contohnya, jika kadar upah meningkat dengan tinggi maka kos pengeluaran akan meningkat.
Apabila kos pengeluaran meningkat, maka pengeluar yang sentiasa mahu memaksimumkan keuntungan akan mengenakan harga yang tinggi kepada pengguna. Selepas merasakan kesan kenaikan harga ini (penurunan dalam tingkat pendapatan benar), pengguna yang juga bekerja (dianggap sebagai buruh) akan meminta kenaikan gaji yang baru dan lebih tinggi bagi menampung peningkatan harga ini. Jika mereka berjaya, kos pengeluaran akan meningkat dan seterusnya pengeluar pula akan meningkatkan harga mereka. Tingkat harga umum akan meningkat sekali lagi.

Inflasi tarikan permintaan

Inflasi tarikan permintaan berpunca daripada ketidakseimbangan antara jumlah permintaan dengan jumlah penawaran barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu masa tertentu. Jika berlaku peningkatan jumlah permintaan yang tinggi berbanding dengan jumlah penawaran, maka inflasi akan wujud. Keadaan ini wujud apabila peningkatan permintaan berlaku pada masa ekonomi negara berada pada tingkat gunatenaga penuh. Apabila sesebuah ekonomi mencapai gunatenaga penuh, tingkat pengeluaran sukar dinaikkan dengan cepat untuk menampung permintaan yang melambung ini, sama ada oleh sebab pasaran buruh atau pembekalan barangan. Peningkatan jumlah permintaan pula boleh berpunca kepada:
  • Peningkatan tingkat pendapatan
Peningkatan yang tinggi dalam permintaan agregat disebabkan oleh peningkatan dalam pendapatan pengguna. Pendapatan yang tinggi ini akan meninggikan kecenderungan pengguna untuk berbelanja dan ini akan meningkatkan jumlah permintaan dalam sesebuah ekonomi. Pada kebiasaannya, peningkatan pendapatan pengguna berlaku pada ketika ekonomi mengalami pertumbuhan yang tinggi.
  • Peningkatan penawaran wang
Penawaran wang yang banyak dalam sesuatu ekonomi boleh meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika penawaran wang tidak dikawal, maka ekonomi pada keseluruhannya mempunyai kadar kecairan yang tinggi dan ia akan meningkatkan jumlah permintaan dalam negara. Jika terlalu banyak wang yang mengejar barangan dan perkhidmatan yang sedikit, maka inflasi akan wujud.

Inflasi diimport

Inflasi diimport boleh disebabkan oleh dua faktor:
  • Peningkatan harga di luar negara
Inflasi boleh menyerap dalam sesebuah negara melalui import terutamanya bagi sesebuah ekonomi terbuka yang banyak mengimport barangan dan perkhidmatan dari luar negara. Jika harga import ini meningkat, maka ia akan memberi kesan kepada harga dalam negara.
  • Penurunan kadar pertukaran wang
Inflasi import ini juga dipengaruhi oleh kadar pertukaran wang. Umpamanya, jika kadar pertukaran wang Malaysia dengan Amerika Syarikat jatuh (bermakna semakin banyak ringgit diperlukan untuk membeli satu dolar Amerika), maka dengan secara langsung Malaysia terpaksa membelanjakan banyak wang untuk mendapat sejumlah barangan dan membayar dengan harga yang tinggi. Tentunya harga yang tinggi ini akan dikenakan ke atas pengguna dalam negara.

Jangkaan pengguna

Inflasi juga dipengaruhi oleh jangkaan pengguna. Jika pengguna membuat jangkaan yang harga akan naik pada masa hadapan, mereka akan berbelanja sekarang dan ini akan menambah jumlah permintaan dalam sesuatu ekonomi. Seterusnya, ini akan memberi peluang kepada pengeluar untuk mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Kesan inflasi

Inflasi merupakan salah satu masalah ekonomi yang serius. Ia memberikan kesan kepada aktiviti ekonomi, juga kebajikan individu dan masyarakat.

Nilai wang fiat akibat inflasi = ???????????????

Nilai wang fiat akibat inflasi = ???????????

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas !!! (INFLASI part 1)

Penyebab Inflasi Dan Langkah-langkah Mengurangkan Inflasi



Penyebab Inflasi memang sentiasa berlaku dan terus berlaku, namun persoalannya : Adakah Langkah-langkah yang dicadangkan tersebut mampu dilaksanakan oleh pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia khususnya dan masyarakat dunia secara umumnya????

Bagi mendalami maksud sebenarnya inflasi, mari kita selongkar apa itu INFLASI yang sering kita dengar dan alami saban hari;

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari masa ke semasa.[1] Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.[2][3] Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.[4]
Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak. Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang. Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi),[5] dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.
Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang.[6] Pandangan tentang kadar inflasi yang sederhana pula pelbagai. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang. Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.
Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.
  
Ukuran
Inflasi selalunya diukur dengan mengira kadar kenaikan indeks harga yang selalunya merujuk kepada indeks harga pengguna (IHP). IHP mengukur harga satu kumpulan atau bakul barangan dan perkhidmatan yang dibeli oleh pengguna. Kadar inflasi diambil daripada kadar peratus perubahan IHP pada sesuatu masa.
Indeks harga lain yang digunakan untuk mengira inflasi adalah seperti berikut:

Setelah anda fahami maksudnya, mari kita rujuk artikel-artikel EMAS & PERAK pada older post sebelumnya.

~~wikipedia bebas~~di PELABUHAN EMAS.........

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas !!! (Harga Emas meningkat & Krisis-krisis dunia)


Harga emas meningkat dalam jangka masa panjang.



*      Harga emas pada 4 Jan 2000 = USD 281.50/Oz
*      Harga emas pada 7 April 2011 = USD 1468 /Oz
*      _ Lebih kurang, Ini adalah kenaikan 521% di dalam jangka masa 11 tahun
*      -purata kenaikan 47 % setahun

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi
harga emas
  1. Emas adalah merupakan komoditi dimana harganya akan naik atau turun berdasarkan permintaan pasaran
  2. Nilai USD yang lemah akan meningkatkan harga emas
  3. Emas sebagai pelindung ketika krisis politik seperti peperangan dan ketidakstabilan politik
  4. Emas sebagai pelindung ketika krisis ekonomi.
Contoh krisis yang berlaku:
Tsunami

Serangan 9-11

Kabul Afghanistan

Letupan loji Nuklear

Ras Lanuf  LIBYA- Kawasan Utama Pengeluaran Minyak

Tsunami-Jepun(Ekonomi dunia)
KESIMPULAN:
  • Oleh itu, Faktor-faktor dan peristiwa seperti yang diterangkan akan dapat membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas.
  • Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.
Seminar Krisis kewangan & Peranan Emas (Jan 2010) (A.Shukor Hashim)

Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas !!!


Cerita & Hadis     :
1              Cerita di dalam kitab hari-hari kebesaran Islam – Karangan H.A Fuad Said:
"Ketika Nabi Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga, seluruh isi Syurga meratapi& sedih, kecuali Sejenis Logam iaitu EMAS" 

2              dari Abu Hurairah RA. Rasulullah SAW bersabda: "akan tiba suatu zaman, tidak ada seorangpun kecuali ia terlibat dalam memakan harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena debunya." (HR Ibnu Majah)

3              “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]”
- Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

1.Keistimewaan Emas
  • Diiktiraf oleh seluruh manusia sebagai benda berharga.
  • Mempunyai nilai intrinsik
  • Tidak boleh dibinasakan
  • Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil
  • Tidak boleh dicipta
  • Price to weight ratio yang tinggi
  • Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
  • Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.
  • Di dalam bentuk debu sekali pun emas tetap bernilai. 
Seminar Krisis kewangan & Peranan Emas (Jan 2010) (A.Shukor Hashim)