Rabu, 18 Mei 2011

Raja Kertas adalah suatu pembohongan!

Sejarah Duit!

Salam...melawat blog saudara emas iaitu (institut emas), saya amat tertarik dengan cerita dan fakta yang dihuraikan dalam topik "Sejarah Duit". Kali ini saya ingin mengajak anda semua berkongsi ilmu yang bermanfaat ini.


salam.

Hari ini ramai yang menyebut istilah duit tanpa menyedari perbezaan yang ketara antara 'wang' dan 'matawang'. 

Wang atau dalam bahasa inggeris adalah 'money' manakala matawang adalah 'currency'. 

Tetapi oleh kerana, budaya dan bahasa kita yang biasa menyebut duit semata, kita tidak sedar kedua istilah Money & Currency adalah berbeza dari segi istilah dan nilainya. 

Oleh itu, mari kita kupas isu sejarah duit ini dengan lebih mendalam. Sebelum itu, kita kena ketahui juga apa yang dimaksudkan dengan duit. Secara ringkasnya, duit ialah satu medium pertukaran kepada barangan atau perkhidmatan, dengan memegang sekian nilai yang dipersetujui oleh kedua pihak pelanggan & peniaga atau pembekal perkhidmatan.

Sejak beribu tahun yang lepas, manusia sudah menggunakan emas & perak sebagai asas pertukaran. Duit asal manusia adalah logam bernilai seperti emas & perak kerana keduanya mempunyai sifat dan nilai intrinsik yang kekal secara semulajadi. Berbanding kulit siput cowry atau logam besi yang tidak berjaya kerana kelemahan mampu dibinasakan, emas & perak mendapat tempat di hati datuk nenek moyang kita sejak beribu tahun yang lepas sebagai wang atau duit. Ini kerana sifat emas yang berkilauan dan cantik, menyebabkan sesiapan sahaja akan bersetuju untuk menukarkan barang mereka atau memberikan perkhidmatan kepada pemiliknya. Begitu juga dengan logam putih, perak yang berkilauan. 

Syiling emas pertama wujud sebagai duit di dunia ialah syiling 'the lydian lion' oleh kerajaan purba lydia. 

Lydian Lion (depan)

Lydian Lion (belakang)

Syiling perak yunani

Syiling emas Rom

Syiling perak Rom

Dinar emas tamadun arab lama

Dirham perak tamadun arab lama

Syiling emas nupam Kerajaan India lama


Sistem wang emas & perak ini kekal beberapa kurun lamanya di dunia di pelbagai tamadun.

Di tamadun china, wujud wang tahil emas & tahil perak. Semua dagangan dunia pada masa itu adalah dalam emas dan perak sebagai medium utama pertukaran. Emas & perak adalah wang pada masa itu.

Kemudiannya, di akhir tahun 1700an dan sekitar awal tahun 1800-an, konsep mula berubah sedikit. Oleh kerana membawa wang (emas & perak) yang banyak ke sana sini adalah agak sukar, manakala menyimpannya di rumah masing-masing semata-mata agaklah membimbangkan. 

Jadi, wujud konsep bank pertama di dunia, apabila pihak mereka menawarkan untuk menyimpan wang orang ramai di tempat mereka. Sebagai ganti, mereka akan isukan kertas bertulis IOU yang mewakili wang penyimpan-penyimpan  tadi sebagai ganti. Seumpama surat yang mewakili wang mereka. Surat atau kertas bertulis yang mewakili emas & perak.

Surat itu bernilai kerana adanya simpanan sebanyak mana emas & perak di simpanan bank tadi. Bank ini bermula di tempat-tempat tukang emas yang mempunyai bilik kebal serta kuil-kuil atau gereja-gereja lama yang mempunyai struktur bilik yang kukuh serta selalu dikunjungi orang ramai. Atas keselamatan inilah, ramai orang mula menukarkan wang mereka kepada kertas yang mewakili emas & perak masing-masing. Tapi manusia pada waktu ini masih belum lupa bahawa, wang yang sebenar masih lagi emas & perak.

Antara IOU kertas terawal yang mewakili 'duit sebenar' emas & perak, 1779.
Kemudian beberapa siri perwakilan wang dan kertas IOU berlaku di seluruh dunia. Manusia mula membawa kertas-kertas ini untuk membeli dan berdagang.Jika mereka ingin mendapatkan wang yang sebenar, mereka hanya perlu pergi menuntutnya di bank-bank berkenaan yang menyimpan emas & perak, iaitu wang sebenar.

Dipendekkan cerita, wang yang diwakilkan dengan kertas ini boleh digelar matawang kertas. Kerajaan US adalah antara peyimpan emas & perak terbesar dunia mula mencetak matawang USD dengan nisbah rizab emas & perak yang mereka ada.Matawang ini digelar 'Silver Certificate' dan "gold Certificate' kerana not kertas dollar itu tidaklah bernilai melainkan adanya perak & emas. Not kertas USD hanyalah sijil kertas yang mewakili wang yang sebenar, emas & perak.

1 Silver Dollar (depan)

Silver certificate yang mewakili perak (1868-1957)

10 dollars in Gold Coin (depan)

Gold Certificate yang mewakili emas (1863 -1928)

USD pada hari ini.

Jika, kita perasan, di not-not USD ini ada tertulis perkataan 'gold certificate' dan 'silver certificate'. Malah ianya tidak terus dipanggil dollar, tetapi 'silver dollar' atau 'gold dollar' atau 'in gold coin'. Perkataan yang paling utama pada not-not ini ialah pada bahagian bawahnya, iaitu, "PAYABLE TO THE BEARER ON DEMAND". Maksudnya, sesiapa sahaja memegang not-not ini boleh pergi menuntut emas & perak mereka di bank.

Pada waktu itu, sebelum 1933, sesiapa sahaja yang memegang not USD ini boleh menukarkan not kertas mereka dengan emas & perak di kaunter-kaunter bank. Ini jelas menunjukkan intergriti wang sebenar masih boleh dimiliki oleh orang ramai. 

Namun, sejarah sentiasa berubah dan diubah oleh kerajaan US kerana, berlakunya beberapa siri peperangan yang besar, yang menyebabkan mereka terpaksa mencetak USD melebihi rizab sebenar emas & perak yang mereka ada. Ini menyebabkan berlakunya inflasi yang tinggi serta susut nilai matawang USD sertas matawang-matawang lain seluruh dunia khususnya akibat percetakan yang berleluasa sehingga ke hari ini.

Mari kita lihat kronologi utama sehingga, matawang kita hari ini tidak lagi bersandarkan pada emas & perak (wang yang sebenar) tetapi hanyalah cetakan atas angin yang teruk dibaham inflasi. 


1914 - piawai emas dibatalkan kerana Perang Dunia I, percetakan USD lebih banyak dari  simpanan emas yang dimilikinya.
1929 - Kemelesetan ekonomi dunia, USD20=1oz
1933 - FD Roosevelt menetapkan USD35 = 1oz Emas.
(april 1933 – act to prohibit citizen keep gold)
1941 - Perang Dunia II
1944 - Perjanjian Bretton Woods & IMF diwujudkan. 
Memilih hanya USD boleh tukar untuk emas. Kerajaan sahaja (bank pusat) yang boleh tukar kepada emas & perak, dan orang perseorangan tidak boleh. Mereka janji 1oz emas untuk setiap $35
1960 - Perang Vietnam - USA
1970 - USA menanggung defisit hutang melebihi USD37 billion
1971 - Presiden Richard Nixon membatalkan sepenuhnya piawaian emas dan USD. Tidak lagi boleh tukar USD – Emas.
1971 sehingga sekarang, USA boleh mencetak USD sewenang-wenangnya secara atas angin. 
Cetakan secara besar-besaran setiap hari (sila perhatikan jumlah USD yang dicetak pada atas kanan blog ini - US National Debts clock)

Susut nilai berlaku dengan lebih pantas apabila cetakan USD semakin laju dan banyak tanpa kawalan secara atas angin dan tidak bersandarkan pada emas & perak.
 p.s: Jadi anda sudah faham kenapa duit fiat hari ini susut nilai. Kerana ianya matawang yang tidak bernilai. Hanyalah kertas yang dicetak dan dikuatkuasakan bernilai sahaja. Tiada emas & perak disebaliknya. Oleh itu, masih mahu simpan matawang?! Simpan lah wang sebenar dan bukan matawang. Simpan emas & perak.

 Simpan duit = simpan emas & perak.

Jumaat, 6 Mei 2011

Konvensyen Kewangan Islam 7 Mei




01 Jamadilakhir 1432H. [MOD] -

SHAH ALAM, 5 Mei: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Cawangan Selangor dengan kerjasama Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM) dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan menganjurkan Konvensyen Kewangan Islam 2011 pada 7 Mei, Sabtu ini.

Konvensyen itu yang bermula jam 8.00 pagi diadakan di Dewan Seminar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Pengerusi PUM Selangor, Mohamad Zamri Mohamed Shapik berkata, konvensyen sehari itu bertemakan Konsep Riba: Aplikasi Dalam Sistem Kewangan Moden telah dirancang untuk membahas isu-isu semasa berkaitan riba.

Katanya, antara tokoh perbankan Islam Malaysia yang terlibat membentangkan kertas kerja ialah Prof. Madya Dr. Mohamad Akram Laldin, Ketua Pegawai Eksekutif, International Shariah Research Academy For Islamic Finance (ISRA), Bank Negara Malaysia;

Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Ketua Jabatan Syariah, Kolej Universiti Insaniah, Kedah; Mohd. Zamerey Abdul Razak, Ketua Jabatan Syariah, Asian Finance Bank Malaysia; Mohd. Nazri Chik, Ketua Jabatan Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad; Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.

“Antara objektif utama penganjuran program ini ialah menjelaskan isu-isu semasa kewangan yang melibatkan persoalan dan kemusykilan berkaitan isu riba berteraskan perspektif Islam,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, ia juga untuk memberikan kefahaman yang jelas terhadap semua pihak terhadap takrifan riba seperti yang telah dijelaskan oleh Al-Quran, As-Sunnah dan pendapat ulama muktabar selain menjadi medan kepada para agamawan, pemain industri dan semua pihak untuk menyatakan pendapat untuk mencapai kesepakatan secara bersama.

Katanya, pihaknya amat mengalu-alukan penyertaan dari para ulama, intelektual, pegawai-pegawai kewangan, penyelidikan dan badan-badan NGO, agensi-agensi kerajaan dan swasta, wakil institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta serta wakil-wakil masjid serta orang perseorangan.

Beliau berkata yuran penyertaan dari agensi kerajaan, swasta, NGO ialah RM150 seorang, individu (RM100), ahli PUM (RM70) dan pelajar ijazah pertama atau sekolah menengah (RM 50).

Tambahnya, sebarang maklumat lanjut berkaitan konvensyen boleh menghubungi Azmi Walang (013-384 0710), Nizam (012-291 1335) atau pejabat (03-5512 4300 / 03-5511 4301).
 
sumber:
http://idhamlim.blogspot.com/2011/05/konvensyen-kewangan-islam-7-mei.html

Jumaat, 29 April 2011

Tip asas untuk menceburi bidang pelaburan emas dan perniagaan emas.

 *Perhatikan tarikh pada setiap jadual*
Pergerakan Harga Emas Semasa Public Gold.

(Last updated 29/04/11 1:50 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3,383.00
RM 3,180.00
50 gram
RM 8,417.00
RM 7,954.00
100 gram
RM 16,755.00
RM 15,917.00
250 gram
RM 41,691.00
RM 39,815.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

(Last updated 28/04/11 5:05 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3,374.00
RM 3,172.00
50 gram
RM 8,395.00
RM 7,933.00
100 gram
RM 16,712.00
RM 15,876.00
250 gram
RM 41,584.00
RM 39,713.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

(Last updated 04/04/11 12:50 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3191.00
RM 3000.00
50 gram
RM 7940.00
RM 7503.00
100 gram
RM 15806.00
RM 15016.00
250 gram
 RM 39329.00 
 RM 37559.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Assalamualaikum W.B.T.
Kali ini kami ingin berkongsi beberapa tip untuk memilih jenis pelaburan yang efektif. Kepada sesiapa yang sudah memliki Emas, akan sentiasa tersenyum melihat perkara sebegini (jadual harga Emas Public Gold)  dan kepada sesiapa yang masih mengkaji, silakan mengkaji. Sememangnya kita perlu mengkaji sesuatu yang baru kita temui sebelum berkeyakinan melaburkan wang anda kerana sudah banyak kes penipuan oleh golongan-golongan tertentu. Tetapi kajian anda mestilah pantas dan tepat. Di sini kami ingin kongsikan beberapa tip untuk memilih sesebuah pelaburan:

1) Produk
2) Syarikat
3) Sistem yang dijalankan
4) Pulangan modal
5) Perolehan hasil / keuntungan
6) Jangkaan pasaran / Momentum pelaburan

Berikut adalah sedikit asas bagi memulakan sesebuah pelaburan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa di antara jenis pelaburan yang wujud di dunia ini, Emas lah adalah pelaburan terbaik bagi mereka yang masih tercari-cari peluang. Ini berdasarkan kayakinan terhadap 6 perkara asas seperti yang dinyatakan di atas:
Keputusan hasil kajian :

1) Produk
Assayer- Mr. Shukor Anuar
Assayer (pengkaji ketulenan) - Emas Public Gold terbukti ketulenannya kerana diiktiraf Independant assayer Mr. Shukor Anuar.
-Emas fizikal yang diiktiraf "Independant Assayer" @ pengkaji ketulenan. boleh juga diuji dengan alat densimeter.
Densimeter

2) Syarikat 
-Public Gold adalah sebuah syarikat yang kukuh dan juga dianugerahkan "Malaysia Book Of Records". 
-Transaksi mencecah jutaan ringgit tunai setiap hari.
http://www.publicgold.com.my/component/option,com_frontpage/Itemid,1/lang,english/

3) Sistem yang dijalankan:
-Menjual dan membeli Emas & Perak (Jongkong 999.9, jongkong perak 999, dinar emas 916, barang-barang kemas baru dan terpakai)
-Menyediakan Platform untuk rakyat menceburi bidang pelaburan dan perniagaan.
 - Customer
 - New Dealer       : 1 %
 - Priority Dealer  : 1.5 %
 - Master Dealer  : 2.0 %
Produk Emas Public Gold
- Setiap pengedar akan diberikan kursus dari masa ke semasa untuk memantapkan ilmu mengenai Emas dan mampu membuat jangkaan berkenaan perjalanan pasaran serta ekonomi dunia.
Barang kemas
Public Silver



4) Pulangan Modal
-Ia adalah terjamin memberi pulangan modal.(Return Of Investment -ROI) yang cepat. Ini kerana sifat Emas adalah penyimpan nilai dan sentiasa meningkat dari masa ke semasa. Jika berbalik kepada perkara asas pula, Emas adalah barang dagangan @ komoditi yang boleh dijadikan sebagai pelaburan, perniagaan dan sebagainya. Jadi, setiap simpanan mampu memberi pulangan yang lumayan.

5)  Perolehan hasil / Keuntungan
- Hasil boleh diperolehi melalui beberapa cara:
 i : Peningkatan harga Emas/ Nilai emas itu sendiri
 ii :Jual beli Emas (pilih spread yang rendah) & friendly user (Public Gold)- calar, bengkok, patah, masih diterima mengikut spread yang sudah ditetapkan.
 iii : Belian balik ./ buy back. (kaitan spread)
 iv : Setiap pengedar akan diberikan komisyen setiap bulan berdasarkan transaksi melalui    syarikat.
- Kebanyakan mereka yang sudah bergelar pengedar emas Public Gold, semakin hari semakin kreatif dalam menjana kewangan menggunakan emas. Ini adalah ilmu emas (penjanaan profit yang paling efektif). 
- Jika anda masih belum menyertai dunia ini, anda pasti tertanya-tanya bagaimana cara efektif tersebut dan jawapannya ialah : "Mari sertai kami" menyimpan emas sebagai langkah pertama anda. Kerana itu adalah kuncinya dan anda hanya perlu memasukinya melalui pintu tersebut seterusnya pilih apa yang anda mahu di dalam dunia emas ini.
- Perolehan hasil yang memberangsangkan.

6)  Jangkaan Pasaran / Momentum pelaburan 
- Jangkaan komoditi Emas ini adalah terlalu luas dan besar kerana selain dijadikan sebagai aset, ia juga banyak digunakan untuk industri-industri tertentu.
- Akibat kelemahan wang fiat (currency), maka ramai pelabur dalam dan luar negara mula beralih kepada Emas.
-Ini mengakibatkan momentum pelaburan emas & perak agak drastik pada ketika ini. Keadaan sebegini akan berterusan sehingga tibanya suatu masa di mana manusia tidak lagi menggunakan wang fiat. (apa yang berlaku hari ini merupakan proses kepada perkara tersebut).


Secara kesimpulannya, segeralah bertindak untuk memastikan anda, keluarga dan sahabat anda serta masyarakat di Malaysia (Umat Islam terutamanya) terselamat daripada krisis matawang seperti yang berlaku pada ketika ini.
(Last updated 29/04/11 1:50 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3,383.00
RM 3,180.00
50 gram
RM 8,417.00
RM 7,954.00
100 gram
RM 16,755.00
RM 15,917.00
250 gram
RM 41,691.00
RM 39,815.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
(Last updated 28/04/11 5:05 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3,374.00
RM 3,172.00
50 gram
RM 8,395.00
RM 7,933.00
100 gram
RM 16,712.00
RM 15,876.00
250 gram
RM 41,584.00
RM 39,713.00
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)
(Last updated 04/04/11 12:50 AM)

We Sell
We Buy
20 gram
RM 3191.00
RM 3000.00
50 gram
RM 7940.00
RM 7503.00
100 gram
RM 15806.00
RM 15016.00
250 gram
 RM 39329.00 
 RM 37559.00 
(Inclusive all costs, Ex Penang, Malaysia)

Sumber : www.publicgold.com.my

Khamis, 28 April 2011

Jutawan senyap

Assalamualaikum W.B.T
         Posting kali ini, Pelabuhan Emas ingin berkongsi pandangan dengan anda semua berkenaan Jutawan Senyap. Dua perkataan tersebut iaitu Jutawan senyap digabungkan untuk memberikan satu makna atau definisi. Definisi yang dimaksudkan di sini ialah jutawan yang tiba-tiba muncul dalam keadaan masyarakat sekitar tidak menyedarinya.
        Selama ini, kita sering terdengar akan perkataan jutawan tetapi mungkin kita hanya dapat bermimpi atau berangan-angan untuk mencapai status tersebut. Namun demikian, tidak salah untuk kita impikan perkara tersebut berlaku, kerana kita diberikan akal fikiran yang waras serta tubuh badan yang sihat untuk terus berusaha dan memikirkan sesuatu yang boleh terarah kepada status yang kita impikan itu. Salah satu konsep dan corak pemikiran ke arah status tersebut ialah dengan menyimpan emas dan perak. Mari kita lihat pengiraan anggaran berdasarkan statistik berikut:
Harga emas pada Januari 2000 = Usd 255.50 per ounce (oz)
Harga emas pada 28 April 2011 (sekarang) = USD 1530 per ounce (oz)
(1530 - 255.5) / 255.5 X 100 = 498.82583 %
498.82 / 10 = 49.88% (purata)

TAHUN PURATA KENAIKAN (%) JUMLAH (RM)
2000
100000.00
2001 49.88 149880.00
2002 49.88 224640.14
2003 49.88 336690.64
2004 49.88 504631.29
2005 49.88 756341.38
2006 49.88 1133604.50
2007 49.88 1699046.40
2008 49.88 2546530.80
2009 49.88 3816740.00
2010 49.88 5720529.90
28-Apr-11 49.88 8573930.20

Berdasarkan apa yang anda lihat di atas, jika pelaburan anda bermula dari RM100,000 pada tahun 2000, maka pada tahun 2006 anda telah mengumpul aset bernilai RM1,133,604.50 dan seterusnya menjadi jutawan senyap tanpa masyarakat sekeliling tahu. Keadaan tersebut adalah diambilkira trend 10 tahun kebelakangan ini, tetapi berdasarkan trend yang bermula pada tahun 2010,2011 dan lima tahun akan datang adalah berganda dari 10 tahun kebelakangan ini, maka lebih singkat masanya untuk anda bergelar jutawan senyap.
           Kesimpulannya, simpanan anda dalam bentuk EMAS adalah logik ke arah status impian anda kerana komoditi emas adalah bersifat stabil malah jauh lebih menguntungkan. Oleh itu, masa depan anda, keluarga anda, dan umat Islam lebih terbela dengan zakat emas (penyucian harta) setiap tahun yang anda keluarkan. Segeralah bertindak kerana "Masa Itu Emas" dan anda akan berkata : "Berbaloi-baloi"........

~~Ramai yang akui bahawa Emas & Perak adalah bernilai dan stabil, tetapi tidak fokus mengenainya. Ini mungkin kerana sering menyebut perkataan "Aku tiada duit untuk beli EMAS & PERAK".(beli bende lain ade plak duit).
P/S : Tanamkan azam untuk mendapatkan EMAS & PERAK walaupun bermula dengan nilai yang paling kecil iaitu 1 Dinar. 
Di sini kami sedang menyediakan platform dan pelabuhan untuk anda bermula dengan pelaburan emas & perak.- 0179286167 @ 0126260026.