Khamis, 28 April 2011

Jutawan senyap

Assalamualaikum W.B.T
         Posting kali ini, Pelabuhan Emas ingin berkongsi pandangan dengan anda semua berkenaan Jutawan Senyap. Dua perkataan tersebut iaitu Jutawan senyap digabungkan untuk memberikan satu makna atau definisi. Definisi yang dimaksudkan di sini ialah jutawan yang tiba-tiba muncul dalam keadaan masyarakat sekitar tidak menyedarinya.
        Selama ini, kita sering terdengar akan perkataan jutawan tetapi mungkin kita hanya dapat bermimpi atau berangan-angan untuk mencapai status tersebut. Namun demikian, tidak salah untuk kita impikan perkara tersebut berlaku, kerana kita diberikan akal fikiran yang waras serta tubuh badan yang sihat untuk terus berusaha dan memikirkan sesuatu yang boleh terarah kepada status yang kita impikan itu. Salah satu konsep dan corak pemikiran ke arah status tersebut ialah dengan menyimpan emas dan perak. Mari kita lihat pengiraan anggaran berdasarkan statistik berikut:
Harga emas pada Januari 2000 = Usd 255.50 per ounce (oz)
Harga emas pada 28 April 2011 (sekarang) = USD 1530 per ounce (oz)
(1530 - 255.5) / 255.5 X 100 = 498.82583 %
498.82 / 10 = 49.88% (purata)

TAHUN PURATA KENAIKAN (%) JUMLAH (RM)
2000
100000.00
2001 49.88 149880.00
2002 49.88 224640.14
2003 49.88 336690.64
2004 49.88 504631.29
2005 49.88 756341.38
2006 49.88 1133604.50
2007 49.88 1699046.40
2008 49.88 2546530.80
2009 49.88 3816740.00
2010 49.88 5720529.90
28-Apr-11 49.88 8573930.20

Berdasarkan apa yang anda lihat di atas, jika pelaburan anda bermula dari RM100,000 pada tahun 2000, maka pada tahun 2006 anda telah mengumpul aset bernilai RM1,133,604.50 dan seterusnya menjadi jutawan senyap tanpa masyarakat sekeliling tahu. Keadaan tersebut adalah diambilkira trend 10 tahun kebelakangan ini, tetapi berdasarkan trend yang bermula pada tahun 2010,2011 dan lima tahun akan datang adalah berganda dari 10 tahun kebelakangan ini, maka lebih singkat masanya untuk anda bergelar jutawan senyap.
           Kesimpulannya, simpanan anda dalam bentuk EMAS adalah logik ke arah status impian anda kerana komoditi emas adalah bersifat stabil malah jauh lebih menguntungkan. Oleh itu, masa depan anda, keluarga anda, dan umat Islam lebih terbela dengan zakat emas (penyucian harta) setiap tahun yang anda keluarkan. Segeralah bertindak kerana "Masa Itu Emas" dan anda akan berkata : "Berbaloi-baloi"........

~~Ramai yang akui bahawa Emas & Perak adalah bernilai dan stabil, tetapi tidak fokus mengenainya. Ini mungkin kerana sering menyebut perkataan "Aku tiada duit untuk beli EMAS & PERAK".(beli bende lain ade plak duit).
P/S : Tanamkan azam untuk mendapatkan EMAS & PERAK walaupun bermula dengan nilai yang paling kecil iaitu 1 Dinar. 
Di sini kami sedang menyediakan platform dan pelabuhan untuk anda bermula dengan pelaburan emas & perak.- 0179286167 @ 0126260026.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan